Nikmati penginapan selesa dengan kemudahan lengkap, lokasi strategik, dan harga berpatutan. Sesuai untuk keluarga, percutian, atau urusan kerja. Rumah luas, bersih, dan dilengkapi dengan dapur, serta tempat letak kereta dan pelbagai kemudahan lain.
Selamat Datang ke Anis Homestay Kota Kinabalu – pilihan penginapan selesa dan moden berhampiran pelbagai tarikan menarik! Hanya 5 minit ke Shopping Mall 1 Borneo, Pasar Raya CKS, GIANT, Mr. DIY, KFC & Servay Inanam. Nikmati keindahan alam di Bukit Kokol, Karambunai dan Sulaman Kelapa Bakar – semuanya dalam 5 hingga 15 minit perjalanan.
Terokai lokasi ikonik seperti Rumah Terbalik, Chanteek Borneo Gallery di Tamparuli, serta Taman Buaya Tuaran – hanya 15 hingga 20 minit dari homestay. Destinasi percutian popular Kundasang dan Ranau pula boleh dikunjungi dalam masa 1 jam 45 minit hingga 2 jam.
Homestay kami berkonsepkan minimalis moden, lengkap dengan ruang tamu yang selesa dan dapur yang kemas – sesuai untuk percutian keluarga atau lawatan santai anda ke Sabah.
Anis Homestay – penginapan strategik untuk anda yang ingin meneroka keindahan Kota Kinabalu dan sekitarnya!
4 Bilik Tidur 3 Bilik Air
Ruang Tamu Luas dan Selesa + Penghawa Dingin
Dapur dalam keadaan bersih
1 Katil Queen + 1 Bilik Air + Penghawa Dingin
1 Katil Queen + Penghawa Dingin
1 Katil Queen + Penghawa Dingin
2 Katil Super Single+ 1 Bilik Air + Kipas
Boleh memuatkan 2-3 kenderaan
Di Anis Homestay, kami menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan anda. Homestay kami dilengkapi dengan penghawa dingin, dapur lengkap, mesin basuh, televisyen, parkir percuma, serta ruang tamu yang luas.
Kami juga menyediakan kemudahan solat dan peralatan memasak untuk kemudahan keluarga. Nikmati penginapan yang selesa bersama kami!
Peralatan BBQ
Peti ais 2 pintu
Lot parking muat 3 kenderaan
Dapur gas & peralatan memasak
Tilam extra & bantal
TV + Astro
Mesin Basuh
Penghawa dingin
Iron & Iron Board
Hair Dryer
Sewa Kereta
Kepuasan anda adalah keutamaan kami dalam menyediakan penginapan yang selesa untuk anda.
“Homestay bersih, kemas dan sangat selesa. Kemudahan yang disediakan memang tip top. Memang rekemen sangat stay kat homestay ni!”
Untuk tempahan homestay sila isi borang dibawah untuk kami periksa kekosongan tarikh.
Tidak dibenarkan membawa haiwan peliharan dan membawa barangan tidak halal ke Homestay.
Ya! Anda perlu membuat bayaran deposit untuk tempahan tarikh (Lock Date) dan Deposit Keselamatan. Baki keseluruhan perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh check in.
Deposit keselamatan ini akan dikembalikan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah pihak pengurusan membuat semakan kerosakan atau kehilangan ke atas fasiliti yang disediakan.
Tidak Boleh! Baki keseluruhan perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh check in atau kami anggap anda tidak mahu meneruskan tempahan dan tarikh tempahan anda akan dibuka kepada orang lain.
Tidak Boleh! Kami amat melarang penghuni membawa haiwan peliharaan atas tujuan keselamatan dan kebersihan.
Maaf, Homestay kami tidak menyediakan laluan untuk kerusi roda. Walau bagaimana pun, kedudukan lantai tidak terlalu tinggi. Tingkat bawah juga ada bilik tidur dan bilik air. Jadi ia boleh digunakan untuk golongan warga emas dan berkerusi roda.
Ya! Terdapat pelbagai kedai berhampiran homestay kami seperti kedai dobi layan diri kedai runcit, fast food dan banyak lagi.
The information contained on this website is for general information purposes only. We endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
© Copyright 2025 Homestay. All Right Reserved.